Mar 15, 2009

Malam 'CIntailah Tuhan Sayangilah Manusia'

Tanggal 5 mac 2009,kumpulan nasyid aremean yang terdiri daripada taufiq,hazeem dan hizami telah mengadakan persembahan di UiTM segamat,johor bersempena mala keislaman yang bertemakan 'Cintailah Tuhan Sayangilah manusia' yang bermula pada pukul 9.Sambutan pada malam itu amat menggalakan dan boleh dikatakan berjaya kerana komitmen yang diberikan oleh warga-warga UiTM ini untuk hadir pada malam itu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara radzi dari INSOFT. INSOFT bermaksud Islamic Society Of United Teenagers yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM sendiri.Selepas itu,acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan perasmian oleh penasihat INSOFT iaitu Ustaz Loqman Bin Zulkifli.Majlis diserikan lagi dengan acara persembahan sajak oleh dua orang pelajar.Secara ringkasnya sajak yang disampaikan oleh mereka adalah mengenai nasib penduduk bumi palestin yang tertindas oleh kekejaman tentera rejim zionis

salah seorang pelajar sedang menyampaikan sajak


Seterusnya,acara diteruskan dengan persembahan PENTOMIN oleh pelajar-pelajar UiTM.Persembahan ini berkenaan dengan kehidupan seorang anak yang hidupnya bertuhankan nafsu semata dan kejahilannya mengenai agama.Persembahan PENTOMIN ini cukup hebat dan bertenaga sekali.


antara babak didalam Pentomin itu...







Selepas itu, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Aremean.Lagu yang dinyanyikan pada malam itu adalah senandung budi dan tika dinihari.Alhamdulillah,respond yang diberkan oleh warga UiTM amat menggalakan


aremean sedang membuat persembahan



Secara keseluruhannya,majlis pada malam ini adalah terbaik sekali.Dengan kerjasama Ajk-Ajk INSOFT yang terlibat,majlis ini dapat diadakan dengan jayanya..



aremean bersama ajk-ajk INSOFT

bergambar kenangan bersama ahli-ahli INSOFT

3 comments:

  1. assalamualaikum.....
    ana da buat ape yg terdaya..huhu,,
    kalu enta berdua nk edit..sila2 la kan ye..
    da xde idea da..
    huhu..

    ReplyDelete
  2. huhu ana cam xcaye plak..
    yg peliknye enta ni ahli kump aremean ke
    ahli kump insoft... sungguh mnyeluruh
    report enta... amat meyakinkan..
    good job :)

    ReplyDelete
  3. huhuhu..
    bagus sheikh...
    ana sungguh berpuas hati dgn report enta...
    kt blajarla sket2 ek.. huhu
    practise makes perfect!! :)
    syukran2!!

    ReplyDelete