Jun 16, 2009

Majlis Perkahwinan di Putrajaya (02/05/09)


Sebelum laporan ini dimulakan, aremean ingin memohon maaf di atas segala kesulitan memandangkan blog ini sangat jarang di kemas kini. Ini adalah kerana kebanyakan ahli aremean sedang sibuk dengan urusan-urusan lain iaitu praktikal dan peperiksaan akhir semester. Sekali lagi pihak aremean memohon maaf.


Baiklah, seperti yang dijanjikan, laporan mengenai Persembahan Aremean di Majlis Perkahwinan yang bertempat di Taman Botani & Wetlands Putrajaya pada 2 Mei 2009 pada jam 2.30 petang.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kesulitan yang terpaksa diatasi.


Walaupun ini bukanlah persembahan rasmi daripada Aremean, tetapi kami amat berbesar hati kerana dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Terima kasih kepada Tuan Rumah, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin. Bersama-sama entry ini, ada beberapa gambar untuk tatapan.


Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, ringan-ringankanlah jari untuk menghubungi aremean sama ada melalui blog aremean sendiri ataupun mana-mana cara asalkan sampai ke pengetahuan kami. InsyaAllah.

1 comment:

  1. waA..mane bole...
    hazeem pkai org len wat report..
    hehe..

    ReplyDelete