Jul 24, 2009

Istimewa Perutusan Raja Sehari

Assalamualaikum w.b.t.

Pihak aremean mengucapkan tahniah kepada salah seorang anggota kumpulan aremean iaitu sahabat kami saudara Muhammad Taufiq, kerana bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya, Siti Hawa.

Bersama-sama ini disertakan Kad Undangan ke Majlis Perkahwinan Saudara Taufiq yang bakal diadakan pada 2 Ogos 2009 bersamaan dengan 11 Sya'aban 1430H.

(Sila klik untuk paparan yang lebih besar)

Pihak aremean sangat berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan sahabat kita, Taufiq, yang bakal menamatkan zaman bujang beliau bersama-sama anda semua. Sehubungan dengan itu, bagi penyokong-penyokong aremean yang mempunyai kelapangan pada hari tersebut, anda dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Pelan lokasi boleh dilihat pada kad undangan di atas.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar komen di blog ini ataupun di shout box aremean di sebelah kanan anda, kami sedia membantu. InsyaAllah.

Tidak lupa juga kepada Saudara Taufiq dan bakal isteri, semoga perkahwinan ini diberkati Allah s.w.t dan berkekalan hingga ke syurga. aremean. Jumpa anda di sana pada 2 Ogos nanti. Kami juga akan menghiburkan para tetamu dengan persembahan nasyid yang istimewa berikutan dengan majlis yang serba berbahgia ini..
Assalamualaikum.


Photobucket

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. terima kasih pada semua yg publist perkara ni ek... huhuhu

    ReplyDelete