Nov 15, 2009
Sep 17, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Assalamualaikum w.b.t
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat hari raya kepada semua pengunjung blog ini... Kami dari pihak aremean memohon maaf kepada semua pihak diatas segala kesulitan dan salah silap di sepanjang kami mengadakan persembahan pada tahun 2009 ini..
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin
Moga diberkati perjuangan kami, aremean

Aug 29, 2009
Sambutan Malam kemerdekaan
Assalamualaikum w.b.t
Persembahan seterusnya, kumpulan aremean di jemput untuk memeriahkan Malam Kemerdekaan di UiTM Puncak alam...
Tarikh : 1 September 2009
Tempat : Padang Kawad UiTM
Masa : 10:30 - 11:30pm
Dijemput semua hadir bagi memeriahkan lagi majlis sambutan ini dan juga menghidupkan Ramadhan dengan aktiviti yg dijalankan pada program tersebut...
Syukran...

Aug 19, 2009
Selamat Pengantin Baru
assalamualaikum to all...alhamdulillah,pada tanggal 02.08.09 bersamaan dengan 11 sya'ban,salah seorang ahli kumpulan areman iaitu saudara Muhammad Taufiq Bin Termidi telah melangsungkan majlis perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya iaitu Siti Hawa bt. Hasan bertempat dirumah pengantin perempuan yang terletak di seksyen 16,shah alam.Majlis berlangsung dengan meriah dengan kehadiran sanak saudara kedua-dua belah pihak dan sahabat handai...
-Khas buat pengantin baru-
Jul 24, 2009
Istimewa Perutusan Raja Sehari
Assalamualaikum w.b.t.
Pihak aremean mengucapkan tahniah kepada salah seorang anggota kumpulan aremean iaitu sahabat kami saudara Muhammad Taufiq, kerana bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya, Siti Hawa.
Bersama-sama ini disertakan Kad Undangan ke Majlis Perkahwinan Saudara Taufiq yang bakal diadakan pada 2 Ogos 2009 bersamaan dengan 11 Sya'aban 1430H.
Pihak aremean sangat berbesar hati untuk berkongsi kegembiraan sahabat kita, Taufiq, yang bakal menamatkan zaman bujang beliau bersama-sama anda semua. Sehubungan dengan itu, bagi penyokong-penyokong aremean yang mempunyai kelapangan pada hari tersebut, anda dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Pelan lokasi boleh dilihat pada kad undangan di atas.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar komen di blog ini ataupun di shout box aremean di sebelah kanan anda, kami sedia membantu. InsyaAllah.
Tidak lupa juga kepada Saudara Taufiq dan bakal isteri, semoga perkahwinan ini diberkati Allah s.w.t dan berkekalan hingga ke syurga. aremean. Jumpa anda di sana pada 2 Ogos nanti. Kami juga akan menghiburkan para tetamu dengan persembahan nasyid yang istimewa berikutan dengan majlis yang serba berbahgia ini..
Assalamualaikum.

Jun 16, 2009
Majlis Perkahwinan di Putrajaya (02/05/09)
Sebelum laporan ini dimulakan, aremean ingin memohon maaf di atas segala kesulitan memandangkan blog ini sangat jarang di kemas kini. Ini adalah kerana kebanyakan ahli aremean sedang sibuk dengan urusan-urusan lain iaitu praktikal dan peperiksaan akhir semester. Sekali lagi pihak aremean memohon maaf.
Baiklah, seperti yang dijanjikan, laporan mengenai Persembahan Aremean di Majlis Perkahwinan yang bertempat di Taman Botani & Wetlands Putrajaya pada 2 Mei 2009 pada jam 2.30 petang.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kesulitan yang terpaksa diatasi.
Walaupun ini bukanlah persembahan rasmi daripada Aremean, tetapi kami amat berbesar hati kerana dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Terima kasih kepada Tuan Rumah, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin. Bersama-sama entry ini, ada beberapa gambar untuk tatapan.
Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, ringan-ringankanlah jari untuk menghubungi aremean sama ada melalui blog aremean sendiri ataupun mana-mana cara asalkan sampai ke pengetahuan kami. InsyaAllah.
Apr 20, 2009
Taman Botani & Wetlands Putrajaya
Mar 15, 2009
Malam 'CIntailah Tuhan Sayangilah Manusia'
Tanggal 5 mac 2009,kumpulan nasyid aremean yang terdiri daripada taufiq,hazeem dan hizami telah mengadakan persembahan di UiTM segamat,johor bersempena mala keislaman yang bertemakan 'Cintailah Tuhan Sayangilah manusia' yang bermula pada pukul 9.Sambutan pada malam itu amat menggalakan dan boleh dikatakan berjaya kerana komitmen yang diberikan oleh warga-warga UiTM ini untuk hadir pada malam itu.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara radzi dari INSOFT. INSOFT bermaksud Islamic Society Of United Teenagers yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM sendiri.Selepas itu,acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan perasmian oleh penasihat INSOFT iaitu Ustaz Loqman Bin Zulkifli.Majlis diserikan lagi dengan acara persembahan sajak oleh dua orang pelajar.Secara ringkasnya sajak yang disampaikan oleh mereka adalah mengenai nasib penduduk bumi palestin yang tertindas oleh kekejaman tentera rejim zionis
salah seorang pelajar sedang menyampaikan sajak
Seterusnya,acara diteruskan dengan persembahan PENTOMIN oleh pelajar-pelajar UiTM.Persembahan ini berkenaan dengan kehidupan seorang anak yang hidupnya bertuhankan nafsu semata dan kejahilannya mengenai agama.Persembahan PENTOMIN ini cukup hebat dan bertenaga sekali.
antara babak didalam Pentomin itu...
Selepas itu, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Aremean.Lagu yang dinyanyikan pada malam itu adalah senandung budi dan tika dinihari.Alhamdulillah,respond yang diberkan oleh warga UiTM amat menggalakan
aremean sedang membuat persembahan
Secara keseluruhannya,majlis pada malam ini adalah terbaik sekali.Dengan kerjasama Ajk-Ajk INSOFT yang terlibat,majlis ini dapat diadakan dengan jayanya..
bergambar kenangan bersama ahli-ahli INSOFT
Feb 5, 2009
Upcoming Show...
Subscribe to:
Posts (Atom)